Walaupun aku kini sedang dilanda ujian yang dahsyat bagiku, namun jauh di sudut hatiku, aku mulai berfikir.. Terlalu banyak kurniaan Allah yang telah dianugerahkan buatku.. Mengapa aku harus bersyukur ? Jawapannya, terlalu banyak untuk aku senaraikan.. Namun akan aku cuba untuk menyenaraikan beberapa sebab mengapa aku harus bersyukur, kepada Yang Maha Esa.
- Aku bersyukur kerana Allah memberiku petunjuk yang sangat-sangat bermakna bagiku tatkala aku benar-benar memohon kepada-Nya.. Aku teramat yakin bahawa Allah itu Maha Mendengar dan Maha Pengasih..
- Aku mempunyai keluarga yang selalu menyokongku tatkala musibah-musibah melanda diriku.. Mereka tak putus-putus memberiku semangat untuk meneruskan hidup walaupun aku seringkali tersungkur dan menangis
- Aku memiliki kawan-kawan yang masih mengambil berat tentang diriku, walaupun bukan semua.. Aku masih memiliki kawan-kawan yang sentiasa mahu melihatku mengukir senyum walaupun aku sedang dirundung derita dan sedih
- Walaupun aku tidak secantik kebanyakan kawan-kawanku yang lain, namun aku tetap bersyukur kerana Allah telah menjadikan aku sebaik-sebaik kejadian, tiada cacat celanya.. Bagaimana jika aku cacat pendengaran, pengelihatan ? Fikirkan sejenak. Dan Allah juga telah menjadikan aku sihat walafiat dan mampu menguruskan hidupku dengan baik.
- Aku juga bersyukur kerana aku menjadi insan yang dizalimi, bukannya yang menzalimi.. Sesungguhnya insyaAllah besar ganjarannya untuk hamba-hambaNya yang bersabar menghadapi ujiannya. Sekurang-kurangnya bukan aku yang menzalimi orang lain. Biarlah orang menzalimiku.. Namun jangan sekali aku menzalimi orang lain. Sekali lagi, alhamdulillah.
- Aku patut bersyukur kerana Allah mengurniakan aku akal yang cerdas hinggakan membolehkanku menjejakkan kaki ke menara gading.. Bayangkan bagaimana jika aku tidak lepas peperiksaan SPM pun dan harus menyusahkan ibubapaku untuk menyara kehidupanku? Aku bersyukur ya Allah...
- Aku bersyukur kepada Allah Yang Esa kerana rezeki ku dimurahkan, walaupun aku tidak semewah rakan-rakan yang lain namun rezekiku tidak pernah putus.. Dan alhamdulillah aku ditawarkan biasiswa yang mampu meringankan beban ibuku untuk menyaraku.
- Dan...Aku teramat bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas di atas bumi Allah ini, kerana rasanya masih banyak lagi dosa-dosaku yang masih belum ku tebus.. Masih banyak lagi amalan yang harus aku laksanakan untuk memperoleh rahmat-Nya di akhirat sana. Terlalu banyak lagi yang harus kulaksanakan untuk mendekati Allah, Penciptaku Yang Esa.

terharunye sy mmbace nukilan ini...sesungguhnye sy juge terasa impaknye...tahniah kepada anda kerana mengharungi hidup ini sebagai hamba Allah yg bersyukur..hidu spt roda.kdg2 d atas dn kdg2 kita di bawah..walau apepon kita tidak harus lupe dengan asal usul kejadian ini..semoga cik mengharungi hidupini sebagai hamba yg sentiasa bersyukur hendahnye....
ReplyDeleteusah putus asa dr rahmat Allah....Sesungguhnya rahmat Allah itu amat hampir dengan mereka yg berbuat kebaikan....
ReplyDelete